Friday, May 16, 2014

25 Fakta Menarik Mengenai Kucing


25 fakta menarik mengenai kucing ? Kucing ialah haiwan kesayangan Rasullulah, dan juga beberapa sahabat yang lain. Kucing juga ialah antara haiwan peliharaan rumah yang jinak dan mudah diurus. Disamping seringkali dijadikan sebagai teman dikala sunyi, sedih, dan juga sebagai tempat bermanja ia mempunyai beberapa fakta menarik yang menjadikannya lebih istimewa. Berikut ialah 25 fakta menarik mengenai kucing.

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia.

2. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia.

3. Kucing tidak memiliki tulang selangka, *clavicle.

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan.

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz.

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain.

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina.

8. Pandangan kucing ialah 185 darjah.

9. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta.

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan perminit (jika kamu ingin melakukan pemeriksaan denyutan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh).

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali perminit.

12. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C.

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu per jam.

14. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif.

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.

16. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing.

17. Kucing bertindak balas terhadap daripada panggilan wanita lebih baik daripada lelaki.

18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing.

19. Telah dibuktikan secara kajian bahwa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita.

20. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan.

21. Kucing dapat membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal.

22. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama apabila mendengar bunyi anjing).

23. Kucing tidak dapat merasa manis.

24. Seekor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga.

25. Umur kucing lebih pantas bergerak berbanding manusia..

Untuk menentukan umur kucing dengan menjadikan umur manusia sebagai dasar, mulakan kiraan tahun pertama kucing bersamaan dengan 20 tahun manusia, tahun kucing berikutnya bersamaan dengan 4 tahun manusia.

Contoh, seekor kucing berusia 4 tahun. Dalam umur manusia, kucing tersebut berumur 32 tahun.
1 tahun pertama (20 tahun manusia), 3 tahun berikutnya (4 tahun manusia darab 3) = 32 tahun.